DARAH TINGGI

TEKANAN DARAH TINGGI

Bagaimana tekanan darah diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.6_21bloodpressure


6_21bloodpressure



Jenis-jenis Darah Tinggi

Hipertensi Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:

  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.
Hipertensi Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
Penyakit-penyakit ginjal
Penyakit-penyakit endokrin
Disebabkan ubat
Kecacatan kelahiran

Punca-punca lain.
Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-
Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
Kerosakan ginjal
Kerosakan mata
Gejala
Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-
Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
Tercungap-cungap
Pandangan yang Kabur
Pendarahan di hidung yang sering berulang
Sakit kepala yang berterusan
Pening
Rawatan
Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna
Elakkan
Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
Merokok
Minuman beralkohol
Kekurangan senaman
Kerisauan
Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan

Comments
0 Comments
Read more: http://akubencitouching.blogspot.com/2013/05/tab-komen-facebook-dan-blogger-pada.html#ixzz36VrhFpW6
 

Blogger news

Blogroll

About